MARI BELAJAR TENTANG HIV

Ia telah wujud selama 40 tahun.

Mari membongkar HIV.

MAKLUMAT ASAS

Human Immunodeficiency Virus ataupun lebih dikenali sebagai HIV, adalah sejenis virus yang menyerang sistem imun badan seseorang. Jika ianya tidak dirawat, virus ini akan berevolusi kepada penyakit AIDS. Ini akan menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit-penyakit berjangkit dan juga penyakit barah. Penularan HIV berlaku melalui hubungan seksual tanpa kondom, berkongsi jarum suntikan, dan melalui ibu kepada anak. Buat masa sekarang, masih belum ada penawar yang berkesan untuk HIV. Namun pun begitu, dengan penjagaan kesihatan yang betul, HIV boleh dikawal. Usaha-usaha pencegahan seperti mendidik orang ramai mengenai isu HIV, dan mengurangkan stigma terhadap HIV adalah mustahak dalam membendung penyebaran penyakit ini.



TOPIK-TOPIK

Tiga Peringkat HIV

Ketahui Lebih Lanjut

Tanda-Tanda dan Simptom HIV

Ketahui Lebih Lanjut

Stigma mengenai HIV

Ketahui Lebih Lanjut

Hidup dengan HIV

Ketahui Lebih Lanjut

JAWAPAN KEPADSA SOALAN ANDA

Siapakah yang perlu mengambil ujian HIV ini?

Semua orang, terutamanya kepada individu yang mempunyai ramai pasangan seksual, yang menyuntik dadah, yang pernah mempunyai penyakit jangkitan kelamin (STIs), wanita hamil, ataupun individu yang mengalami simptom-simptom seperti HIV adalah disarankan untuk mengambil ujian HIV.

Bagaimanakah caranya untuk mengambil ujian HIV?

Anda boleh mendapatkan ujian HIV di klinik, pusat kesihatan, atau melalui kit ujian rumah yang boleh didapati di farmasi.

Bagaimanakah seseorang boleh terkena jangkitan HIV?

Punca utama penularan HIV ialah melalui hubungan seksual tanpa menggunakan kondom, berkongsi jarum suntikan, ataupun melalui kepada anak semasa bersalin ataupun menyusu.

Perlukah saya mengambil ujian HIV walaupun saya tidak mempunyai apa-apa faktor yang berisiko?

Anda disyorkan untuk mengambil ujian HIV walaupun tanpa mempunyai apa-apa faktor yang berisiko. Jangkitan HIV boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, orientasi seksual mahupun gaya hidup.

Apakah faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat atau menularkan HIV?

Hubungan seksual tanpa menggunakan kondom, individu yang mempunyai ramai pasangan seksual, berkongsi jarum suntikan, dan juga penyakit jangkitan kelamin (STIs) yang tidak dirawat adalah antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat atau menularkan HIV. Penularan ibu kepada anak juga boleh terjadi namun ianya boleh dicegah dengan rawatan perubatan yang betul.
Adakah anda sudah bersedia untuk ujian HIV?

Cari tahu, peduli, dan kekal sihat! Be awarer!