Pencegahan HIV

Pencegahan bermula dengan perubahan – ambil tahu dan kekal terlindung.

Two line
title slide.

And optional subtext

Pencegahan penularan HIV adalah mustahak dalam membendung virus dan sekaligus untuk melindungi masyarakat. Berikut adalah beberapa langkah-langkah dalam menangani HIV.

Amalkan Seks yang Sihat dan Selamat

Penggunaan kondom secara konsisten ketika melakukan hubungan seks (sama ada melalui faraj, dubur ataupun oral) boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV dengan ketara.

Ambil Ujian dan
Ketahui Status Anda.

Pengambilan ujian HIV dengan kadar yang kerap adalah penting dalam langkah awal untuk mengenal pasti HIV di dalam badan. Rawatan juga boleh disediakan dengan pantas sekiranya perlu.

Gunakan Jarum dan
Picagari yang Bersih

Sekiranya anda menggunakan jarum dan picagari atas tujuan suntikan, pastikan anda menggunakan alat yang bersih. Elakkan penggunaan alat suntikan yang sudah pun digunakan atau dikongsi.

Pencegahan Penyebaran
Ibu kepada Anak

Wanita hamil yang menghidap HIV perlu menerima rawatan atau terapi terperinci untuk mengelakkan penularan virus HIV kepada anak didalam kandungan.

Cari tahu, Peduli
dan Kekal Sihat!

Pencegahan bermula daripada pengetahuan – ketahui fakta, lindungi masa depan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang HIV

> Tiga peringkat HIV

> Tanda-tanda dan Simptom

> Pencegahan

> Stigma

> Hidup dengan HIV