SOALAN LAZIM

Tentang AwarerHOME™

AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV mempunyai sensitiviti setinggi 99.23% dan boleh mengesan jangkitan HIV melebihi 99 kali setiap 100 ujian.  Ujian ini mempunyai ketepatan 100.00%, dan ini bererti ia hampir tidak pernah memberi keputusan yang salah seperti mengatakan seseorang mempunyai HIV dan sebenarya tidak.

  1. Tepat - AwarerHOME™
    Ujian Kendiri Oral HIV ini adalah alat ujian oral HIV yang sama digunakan oleh kebanyakan pakar perubatan di klinik dan hospital untuk pemeriksaan HIV.
  2. Mudah - AwarerHOME™
    Ujian Kendiri Oral HIV ini adalah mudah digunakan, tanpa kesakitan dan boleh digunakan secara sulit dan selesa dalam suasana peribadi. 
  3. Privasi - AwarerHOME™
    Ujian Kendiri Oral HIV ini menjamin identiti anda kekal peribadi.  Identiti anda terjamin sulit kerana anda tidak lagi perlu mengunjungi pakar perubatan, mahupun melaporkan keputusan ujian anda kepada sebarang pihak.
  • Sesiapa berumur 18 tahun ke atas patut menjalani ujian HIV sekali seumur hidup.
  • Sesiapa yang terdedah kepada aktiviti risiko tinggi, umpamanya
    1. Individu yang aktif dalam seks, tanpa mengira orientasi seksual atau jantina;
    2. Individu yang berkongsi jarum untuk menyuntik dadah;
    3. Individu yang anggapi dirinya dalam risiko dan tidak pernah menjalani ujian HIV ataupun pernah menghidap HIV, patut sering diuji sebaik-baiknya sekali setahun.
  • Perempuan mengandung digalakkan menjalani ujian HIV untuk mencegah transmisi ibu-ke-anak dan mengutamakan kesihatan kedua-dua pihak ibu dan bayi.

AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV boleh mengesan jangkitan HIV 3 bulan selepas pendedahan kepada virus. Jika pendedahan
adalah kurang dari 3 bulan, anda patut menjalankan ujian di Pusat Ujian HIV (klinik atau hospital swasta) atau mana-mana cawangan kesihatan kerajaan.

Semak keputusan pada kaset ujian. Jika anda nampak garisan pada bahagian “C”, ini bermakna bahawa ujian ini befungsi dengan betul.

Ketepatan

AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV boleh mengesan jangkitan HIV selepas 3 bulan daripada pendedahan kepada virus. Jika pendedahan berlaku kurang daripada 3 bulan, anda disarankan untuk menjalankan ujian di Pusat Ujian HIV (klinik atau hospital swasta) atau di mana-mana cawangan kesihatan kerajaan.

Anda boleh mendapatkan keputusan selepas 15 minit. Jangan menafsirkan keputusan selepas 30 minit.

AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV mempunyai sensitiviti setinggi 99.23% dan boleh mengesan jangkitan HIV lebih daripada 99 kali setiap 100 ujian. Ujian ini mempunyai ketepatan 100.00%, yang bermakna ia hampir tidak pernah memberi keputusan yang salah, seperti mendapati seseorang mempunyai HIV sedangkan sebenarnya tidak.

Semak keputusan pada kaset ujian. Jika anda nampak garisan pada bahagian “C”, ini bermakna bahawa ujian ini befungsi dengan betul.

Keputusan negatif palsu boleh disebabkan oleh:

  1. Menjalankan ujian terlalu awal (pendedahan dalam masa 3 bulan yang lepas).
  2. Terapi antiretroviral (ARV).
  3. Teknik ujian yang salah.
  4. Tafsiran yang salah oleh pengguna.

Keputusan positif palsu boleh disebabkan oleh:

  1. Kehamilan (<2%) dan masalah kesihatan lain seperti lupus eritematosus sistemik, artritis rheumatoid, kegagalan buah pinggang kronik, serta vaksinasi tetanus dan influenza.
  2. Teknik ujian yang salah.
  3. Tafsiran yang salah oleh pengguna.

Letakkan alat swab hanya pada gusi atas dan bawah sahaja untuk mengambil cecair mulut, BUKAN air liur. Air liur tidak akan menambah ketepatan ujian ini sama sekali.

Maklumat Peribadi

Anda TIDAK diwajibkan melaporkan keputusan AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV kepada mana-mana pihak.

Bagi Malaysia, jika anda ingin, anda boleh mengemukakan keputusan anda secara sulit pada platform "TEST NOW" untuk tujuan pengumpulan dan analisis data. Laman web ini juga memberikan maklumat dasar mengenai HIV dan rangkaian institusi kesihatan yang boleh anda kunjungi untuk bantuan selanjutnya.

Selain itu, keputusan ujian ini TIDAK bersifat muktamad. Untuk mengesahkan status HIV anda, sila dapatkan pengesahan ujian makmal di klinik atau hospital.

Adalah penting untuk diingati bahawa peraturan pelaporan bagi ujian dan diagnosis HIV mungkin berbeza di setiap negara. Sesetengah negara mungkin mengkehendaki pelaporan wajib kes HIV kepada pihak berkuasa kesihatan awam, manakala negara lain mempunyai undang-undang yang melindungi kerahsiaan pesakit. Oleh itu, jika anda mencari ujian atau rawatan HIV di negara lain, adalah dinasihatkan untuk mengenal pasti peraturan tempatan dan dasar-dasar mengenai ujian dan pelaporan HIV supaya anda memahami bagaimana maklumat peribadi anda akan ditangani.

Jika doktor anda di klinik atau hospital swasta menjalankan ujian saringan awal HIV atau ujian HIV rapid secara anonim, keputusan anda TIDAK akan dilaporkan.

Kebanyakan klinik dan hospital di Malaysia, serta negara-negara lain, menawarkan pengesahan ujian makmal HIV. Selepas menjalankan ujian kendiri HIV, anda boleh mengunjungi institusi pilihan anda untuk menjalankan ujian seterusnya jika diperlukan.

Jika anda meneruskan untuk melakukan ujian pengesahan HIV antigen atau antibodi di klinik swasta / hospital swasta dan keputusan ujian anda adalah positif - dengan itu mengesahkan diagnosis jangkitan HIV - keputusan ujian dan identiti anda perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (MOH, Malaysia).

Langkah-langkah akan diambil untuk menjaga kerahsiaan keputusan anda dan hanya diketahui oleh doktor yang memberikan perkhidmatan kepada anda. Maklumat anda yang disimpan oleh kerajaan dan institusi kesihatan tidak akan didedahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran anda.

Kebimbangan Selainnya

AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV adalah selamat untuk digunakan semasa mengandung dan menyusukan anak.

Anda perlu mengeluarkan gigi palsu tersebut, membersihkan segala gam pelekat dari gusi, dan tunggu selama 30 minit sebelum menggunakan AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV.

Para saintis dan pakar perubatan bersetuju bahawa virus HIV tidak hidup dengan baik di luar tubuh. Ini bermakna risiko melalui penularan alam sekitar adalah rendah. Justeru, jika seseorang terkena langsung dengan kit ujian anda, risiko penularan HIV kepada mereka sangat tipis. Tiada bukti bahawa sentuhan dengan air liur boleh menyebabkan penularan HIV. Memandangkan hasil ujian anda positif, anda perlu melakukan ujian kedua untuk mengesahkan status HIV anda. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan ujian lanjutan. Seorang doktor, klinik, atau profesional penjagaan kesihatan perlu mengesahkan AwarerHOME™ Ujian Kendiri HIV Oral anda. Sehingga hasil anda disahkan, pastikan untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penyebaran HIV. Khususnya, anda perlu mengelakkan segala aktiviti seksual sehingga anda mengetahui status HIV anda. Anda boleh membuang ujian ini dalam sampah biasa; tiada langkah berjaga-jaga tambahan yang diperlukan.