Ketahui tentang tiga peringkat HIV: panduan mudah dalam memahami virus HIV.
(Fasa Akut)
FASA PERTAMA
Fasa ini akan muncul selepas beberapa minggu setelah badan terdedah kepada virus. Simptom-simptom semasa dalam fasa ini adalah selesema, demam, bengkak kelenjar leher dan sakit tekak. Namun, simptom adalah berbeza-beza dari individu ke individu lain.
(Fasa Kronik)
FASA KEDUA
Selepas fasa akut, HIV akan memasuki fasa senyap yang disebut kependaman (latency) klinikal. Dalam fasa ini, virus akan membiak secara perlahan-lahan tanpa menunjukkan apa-apa simptom lain. Tanpa terapi, fasa ini akan berlanjutan untuk bertahun tahun. Pengambilan ubat terapi antiretroviral (ART) akan mengawal virus ini secara berkesan.
(Fasa AIDS)
FASA KETIGA
Peringkat terakhir untuk HIV adalah AIDS. Pada tahap ini imunisasi badan akan berada pada tahap paling lemah. Diagnosis AIDS akan muncul apabila seseorang yang menghidap HIV mula mempunyai jangkitan yang serius atau sejenis barah. Tanpa rawatan, jangka hayat individu yang mempunyai AIDS adalah dalam tiga tahun.
Ketiga-tiga fasa ini akan dialami oleh seseorang individu yang dijangkiti virus HIV dan tidak mencuba untuk mendapatkan sebarang rawatan.