Buanglah stigma – HIV tidak menentukan siapa kita, tetapi empati yang menentukan.
Stigma terhadap HIV ialah sikap negatif, kepercayaan, dan diskriminasi terhadap individu yang menghidap HIV atau AIDS. Ianya berpunca dari rasa takut, maklumat yang salah, dan juga prasangka. Stigma boleh muncul dalam pelbagai bentuk, seperti:
Stigma
Mereka yang menghidapi HIV mungkin berhadapan dengan rasa penolakan dan penyisihan daripada ahli keluarga, kawan-kawan dan juga orang sekeliling. Penyisihan ini akan menyebabkan rasa sunyi, malu and rasa rendah diri.
Diskriminasi
Ketakutan terhadap penghakiman atau perlakuan buruk boleh menghalang individu daripada menjalani ujian HIV, rawatan, dan penjagaan, yang boleh menyebabkan hasil kesihatan yang lebih buruk.
Cabaran
Stigma berkaitan HIV masih wujud di seluruh dunia, menyebabkan diskriminasi terhadap individu yang hidup dengan virus ini. Stigma ini boleh menghalang orang daripada menjalani ujian, rawatan, dan mendapatkan perkhidmatan sokongan, sekali gus memperburuk penyebaran HIV dan menghalang usaha untuk menyediakan penjagaan yang menyeluruh.
Apa yang saya boleh buat untuk bantu?
Kongsikan maklumat yang tepat mengenai penularan HIV, pencegahan, dan rawatan untuk membuang mitos dan salah faham. Perkongsian berilmiah mengenai realiti hidup dengan HIV dapat memupuk empati dan pemahaman, sekaligus mengurangkan stigma.