Tanda-tanda & Simptom

Kenali tanda-tanda: Kesedaran awal membawa kepada pilihan kesihatan yang lebih baik.

Human Immunodeficiency Virus atau lebih dikenali sebagai HIV adalah virus yang menyerang sistem imun tubuh. Ia boleh menyebabkan AIDS jika tidak dirawat. Berikut adalah beberapa tanda dan gejala biasa HIV:

Gejala Awal (Jangkitan HIV Akut):

Demam

Keletihan

Kelenjar bengkak

Sakit tekak

Ruam

Sakit otot dan sendi

Sakit Kepala

Gejala Kemudian (Jangkitan HIV Kronik):

Demam yang berterusan dan berulang-ulang

Berpeluh malam

Cirit-birit yang kronik

Berat badan turun mendadak

Batuk yang berterusan dan sesak nafas

Ruam atau lesi kulit

Kelenjar Limfa Bengkak

Jangkitan yang berterusan

Apabila HIV telah progres menjadi AIDS:

Jangkitan oportunistik

Jangkitan oportunistik ialah jangkitan yang berlaku apabila sistem imun seseorang menjadi lemah akibat HIV. Antara jangkitan yang boleh berlaku ialah radang paru-paru, tuberkulosis dan jangkitan kuman.

Keletihan yang berterusan dan tanpa sebab

Berat badan turun mendadak

Simptom-simptom masalah neurologi seperti kekeliruan dan senang lupa

Masalah kulit seperti kulit lesi dan juga benjolan yang lain dari kebiasaan

Cirit-birit teruk yang berterusan

Simptom HIV adalah berbeza dari satu individu ke individu yang lain, dan sesetengah orang mungkin tidak mengalami sebarang simptom selama bertahun-tahun. Tambahan pula, simptom ini juga boleh disebabkan oleh keadaan lain selain HIV.

Satu-satunya cara untuk memastikan sama ada anda menghidap HIV ialah dengan menjalani ujian saringan HIV. Ujian saringan awal boleh meningkatkan kualiti hidup seseorang yang menghidap HIV.

Kurang pasti tentang simptom-simptom HIV?

Dapatkan kepastian dengan Ujian Kendiri Oral HIV AwarerHOME™.

Ketahui lebih lanjut tentang HIV

> Tiga peringkat HIV

> Tanda-tanda dan Simptom

> Pencegahan

> Stigma

> Hidup dengan HIV