Hidup bersama HIV – perjalanan yang perlu didefinisikan sebagai kekuatan, bukannya status semata-mata.
Stigma terhadap HIV melibatkan sikap negatif, kepercayaan, dan diskriminasi terhadap individu yang menghidap HIV atau AIDS. Ianya berpunca dari rasa takut, prejudis, dan juga prasangka. Ianya boleh muncul dalam pelbagai bentuk, seperti:
Tindakan Segera
Jika anda telah didiagnosis dengan HIV, adalah penting untuk mengambil tindakan yang segera. Mulakan dengan mencari penyedia penjagaan kesihatan yang pakar dalam HIV/AIDS. Mereka akan membimbing anda melalui pilihan rawatan dan membantu anda membangunkan pelan penjagaan yang disesuaikan dengan keperluan anda.
Terapi Antiretroviral (ART)
Memulakan terapi antiretroviral (ART) dengan segera adalah penting. Dengan mematuhi regimen ubat yang disarankan, anda dapat menekan virus, meningkatkan sistem imun anda, dan mengurangkan risiko penularan kepada orang lain.
Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan berkala adalah perlu untuk memantau kemajuan anda dan menguruskan sebarang kesan sampingan rawatan. Selain itu, utamakan amalan seks selamat dan strategi pengurangan kemudaratan untuk mengelakkan penularan kepada pasangan seksual atau melalui penggunaan dadah suntikan.
Dapatkan Sokongan
Jangan ragu-ragu dalam menyuarakan sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan mental atau mendapatkan sokongan daripada rakan, keluarga, atau kumpulan sokongan. Menjaga kesihatan secara menyeluruh dengan gaya hidup seimbang dan sentiasa mengikuti perkembangan penyelidikan HIV/AIDS serta perkhidmatan sokongan yang tersedia akan membantu anda menguruskan diagnosis dengan berkesan dan menjalani kehidupan yang bermakna.