1. Tepat - AwarerHOME™
    Ujian Kendiri Oral HIV ini adalah alat ujian oral HIV yang sama digunakan oleh kebanyakan pakar perubatan di klinik dan hospital untuk pemeriksaan HIV.
  2. Mudah - AwarerHOME™
    Ujian Kendiri Oral HIV ini adalah mudah digunakan, tanpa kesakitan dan boleh digunakan secara sulit dan selesa dalam suasana peribadi. 
  3. Privasi - AwarerHOME™
    Ujian Kendiri Oral HIV ini menjamin identiti anda kekal peribadi.  Identiti anda terjamin sulit kerana anda tidak lagi perlu mengunjungi pakar perubatan, mahupun melaporkan keputusan ujian anda kepada sebarang pihak.

AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV boleh digunakan tanpa pengawasan oleh mana-mana individu yang berumur 18 tahun ke atas.

  • Sesiapa berumur 18 tahun ke atas patut menjalani ujian HIV sekali seumur hidup.
  • Sesiapa yang terdedah kepada aktiviti risiko tinggi, umpamanya
    1. Individu yang aktif dalam seks, tanpa mengira orientasi seksual atau jantina;
    2. Individu yang berkongsi jarum untuk menyuntik dadah;
    3. Individu yang anggapi dirinya dalam risiko dan tidak pernah menjalani ujian HIV ataupun pernah menghidap HIV, patut sering diuji sebaik-baiknya sekali setahun.
  • Perempuan mengandung digalakkan menjalani ujian HIV untuk mencegah transmisi ibu-ke-anak dan mengutamakan kesihatan kedua-dua pihak ibu dan bayi.

AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV boleh mengesan jangkitan HIV selepas 3 bulan daripada pendedahan kepada virus. Jika pendedahan berlaku kurang daripada 3 bulan, anda disarankan untuk menjalankan ujian di Pusat Ujian HIV (klinik atau hospital swasta) atau di mana-mana cawangan kesihatan kerajaan.

AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV adalah selamat untuk digunakan semasa mengandung dan menyusukan anak.

AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV mempunyai sensitiviti setinggi 99.23% dan boleh mengesan jangkitan HIV lebih daripada 99 kali setiap 100 ujian. Ujian ini mempunyai ketepatan 100.00%, yang bermakna ia hampir tidak pernah memberi keputusan yang salah, seperti mendapati seseorang mempunyai HIV sedangkan sebenarnya tidak.

Semak keputusan pada kaset ujian. Jika anda nampak garisan pada bahagian “C”, ini bermakna bahawa ujian ini befungsi dengan betul.

Keputusan negatif palsu boleh disebabkan oleh:

  1. Menjalankan ujian terlalu awal (pendedahan dalam masa 3 bulan yang lepas).
  2. Terapi antiretroviral (ARV).
  3. Teknik ujian yang salah.
  4. Tafsiran yang salah oleh pengguna.

Keputusan positif palsu boleh disebabkan oleh:

  1. Kehamilan (<2%) dan masalah kesihatan lain seperti lupus eritematosus sistemik, artritis rheumatoid, kegagalan buah pinggang kronik, serta vaksinasi tetanus dan influenza.
  2. Teknik ujian yang salah.
  3. Tafsiran yang salah oleh pengguna.

Letakkan alat swab hanya pada gusi atas dan bawah sahaja untuk mengambil cecair mulut, BUKAN air liur. Air liur tidak akan menambah ketepatan ujian ini sama sekali.

Anda perlu mengeluarkan gigi palsu tersebut, membersihkan segala gam pelekat dari gusi, dan tunggu selama 30 minit sebelum menggunakan AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV.

Anda TIDAK diwajibkan melaporkan keputusan AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV kepada mana-mana pihak.

Bagi Malaysia, jika anda ingin, anda boleh mengemukakan keputusan anda secara sulit pada platform "TEST NOW" untuk tujuan pengumpulan dan analisis data. Laman web ini juga memberikan maklumat dasar mengenai HIV dan rangkaian institusi kesihatan yang boleh anda kunjungi untuk bantuan selanjutnya.

Selain itu, keputusan ujian ini TIDAK bersifat muktamad. Untuk mengesahkan status HIV anda, sila dapatkan pengesahan ujian makmal di klinik atau hospital.

Kebanyakan klinik dan hospital di Malaysia, serta negara-negara lain, menawarkan pengesahan ujian makmal HIV. Selepas menjalankan ujian kendiri HIV, anda boleh mengunjungi institusi pilihan anda untuk menjalankan ujian seterusnya jika diperlukan.

Jika pakar perubatan di klinik atau hospital swasta menjalankan ujian saringan awal HIV atau ujian pantas HIV yang sulit, keputusan ujian anda TIDAK akan dilaporkan.

Jika anda menjalani ujian pengesahan antigen HIV atau antibodi di klinik atau hospital swasta dan keputusan ujian anda positif, keputusan ujian serta identiti anda perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langkah-langkah akan diambil untuk memastikan keputusan ujian anda terjamin sulit dan hanya diketahui oleh pakar perubatan yang merawat anda. Maklumat anda yang disimpan oleh kerajaan dan institusi kesihatan tidak akan didedahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran anda.

Sila ambil perhatian bahawa syarat pelaporan ujian dan diagnosis HIV berbeza-beza di setiap negara. Ada negara yang mewajibkan pelaporan HIV kepada pihak berkuasa kesihatan, sementara negara lain mempunyai undang-undang yang melindungi hak peribadi pesakit. Oleh itu, jika anda menjalani ujian atau rawatan HIV di luar negara anda, anda disarankan untuk menyelidik peraturan tempatan dan polisi ujian HIV negara tersebut untuk memahami bagaimana maklumat peribadi anda akan diuruskan.

Pakar saintis dan kesihatan bersetuju bahawa virus HIV tidak dapat bertahan lama di luar badan. Ini bermakna bahawa risiko transmisi melalui persekitaran adalah jarang. Oleh itu, jika sesiapa menyentuh alat ujian anda, risiko jangkitan HIV sangat rendah. Sentuhan air liur tidak pernah terbukti menyebabkan penularan HIV. Oleh kerana keputusan ujian anda adalah positif, anda perlu menjalani ujian kedua untuk mengesahkan status HIV anda. Sila kunjungi doktor atau pusat kesihatan untuk ujian lanjutan. Doktor, klinik, atau profesional kesihatan harus mengesahkan keputusan AwarerHOME™ Ujian Kendiri Oral HIV anda. Sehingga keputusan anda disahkan, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko penularan HIV, termasuk mengelakkan aktiviti seksual sehingga anda mengetahui status HIV anda. Anda boleh membuang kit ujian ini dalam tong sampah biasa; tiada langkah berjaga-jaga tambahan diperlukan.

Kantung 1

Letakkan tiub ekstraksi sampel dari Kantung 1 ke dalam pemegang tiub.

Kantung 2

Gunakan swab mulut dalam Kantung 2 dan sapukan di sepanjang garis gusi atas dan bawah. Masukkan swab ke dalam tiub ekstraksi sampel.

Kantung 3

Gunakan pipet dalam Kantung 3 dan tambahkan 2 titis dari tiub ekstraksi sampel ke dalam sumuran sampel kaset ujian. Kemudian, baca keputusan selepas 15 minit.

Instructions For Use

English
Malay
Mandarin